Friday 4 October 2013

ICHA Kesayangan Kami


Ini bukan cerita saya sorang, ini cerita saya dan kawan-kawan 
PART 2


Intan Qalesya
Inilah Icha kesayangan kami, sangat comel. Sahabat kami Jijul selalu menyatakan icha kanak-kanak paling comel dimuka bumi dan di marikh.

Icha pengubat kesedihan kami, kami terasa kuat bersamanya. Anak ini istimewa kerana disayangi ramai orang. Kepenatan kami bekerja hilang bila bermain dengannya. Kami usung dia ke sana sini. Dan Icha pasti tersenyum gembira. Kegembiraan Icha adalah kegembiraan kami, sangat seronok apabila ada Icha bersama kami. Kelatah manja, peramah, periang, penyayang menyebabkan kami rindu kalau berjauhan dengannya.


      
Comel Sangat



         
Icha Baby
Anak ini ditunggu kelahirannya, kami berkampung di hospital untuk menyambut kelahirannya. Sahabat kami Intan sukar untuk melahirkannya sehingga Dr terpaksa menggunakan pelbagai cara sehingga akhirnya ianya dibedah. Kami beryukur sahabat kami dan anaknya selamat. Icha kecil sewaktu dilahirkan dan terdapat kesan-kesan sampingan kerana kelewatan kelahirannya menyebabkan dia dan ibunya berkurung di ICU. Alhamdulilah Icha selamat dan membesar untuk kami menumpang kasih sayang dan menghiburka kami.



Bapak & Mama Icha

Sahabat kami Rosdi bapa Icha tenang-tenang saja orangnya tetapi sangat menyayangi anaknya. Manakala Intan agak kelam kabut tetapi lemah lembut mungkin itulah melengkapi kehidupan rumahtangga mereka dan Icha sebagai penyeri kami semua. Mereka berdua sahabat kami yang baik hati dan tidak kisah kami berkongsi kasih sayang anaknya. Mama Tua dan Bapa Tua Icha sudah kami anggap sebagai ibubapa angkat kami. Mereka keluarga yang sangat baik. Selalu kami kata Icha ada ramai mama dan Intan tidak pernah bimbing jika ingin meninggalkan Icha kerana ramai mama-mama angkat yang sanggup menjaganya.


Kesan kelewatan kelahirannya menyebabkan Icha agak terlewat juga menghadapi hari-hari kanak-kanaknya. Icha lambat merangkak, lambat boleh berdiri apatah lagi berlari. Setiap bulan jika berkesempatan kami akan menemani Icha untuk terapi berdiri dan berjalan dihospital. 
                           




Tetapi yang mengagumkan tentang Icha, Icha tidak pernah putus asa dengan dirinya. Icha tetap nak bermain dengan kanak-kanak seusianya yang sudah boleh berlari tanpa menghiraukan keadaan dirinya. Kami mungkin terlalu bersimpati dengannya sedang dia sendiri sedar kebolehannya atau kami yang sebenarnya kurang sabar. Kami terlalu meragui keupayaannya, tapi kami juga la pendorong untuk dia mampu melangkah.


Icha yang Comel

Biarpun Icha terlewat merangkak, terlewat berdiri dan berjalan, kami tetap mengusung Icha kemana-mana kami pergi. Di setiap kesempatan kami paksa Icha berjalan dan Icha pasti tersenyum, ketawa kegembiraan walaupun dalam tatihnya dia lebih banyak jatuh dari berjalan. Tapi itulah kegembiraan kami juga. 

Anak kecil ini sebenarnya kuat dalam diamnya sehingga pada usianya melepasi 3 tahun Icha akhirnya sudah boleh berjalan dan sekarang sudah boleh berlari seperti kanak-kanak lain. Syukur yang amat sangat... itulah doa kami selama ini. 

Sekarang langkah Icha sudah luas tidak terbatas lagi, lagak Icha pun sudah bertambah, paling pandai berposing dan bergaya-gaya. Semakin cerdik dan sering berbicara walaupun tutur katanya belum boleh difahami tetapi itulah Icha, anak ini tidak pernah putus asa. Icha akan berbicara sesukanya dan menunjukkan pelbgai simbol tangan yang cute. 

Icha paling gembira kalau di bawa makan ke KFC mahupun ke Pizza Hut. Menu kegemarannya spageti bolognese, bukan alang-alang taste anak ini. Ketawa dan senyumnya adalah kegembiraan kami dan Icha tidak pernah lokek untuk memberi pelukan dan ciuman kepada kami untuk menunjukkan kasih sayangnya.
Keletah anak ini menghiburkan dan bila Icha sakit semua orang akan risau dan cepat sahaja dibawa berjumpa dr. Kami tidak sanggup melihat anak ini diam dan hilang senyum dan tawanya yang sangat comel.

Itulah Icha kesayangan kami.


    
Dari Kecil

Sampai besar
                                         

Selalu di bawa berjalan
                                          

Semoga satu hari nanti Icha jadi anak yang bijaksana, anak yang solehah untuk ibu bapanya dan menjadi anak yang disayangi dan menyangi orang lain. 

Berjauhan dengan Icha menyebabkan saya merinduinya. Semoga Icha sentiasa dilindungi allah dan diberi keberkatan dalam hidupnya amin.
 "Icha... Cik Farah dan Cik Leen sangat merindui Icha."

Kami yang menyayangi Icha




Icha sekarang sudah boleh berjalan dan berlari
.


No comments:

Post a Comment