Sunday 27 October 2013

Kita Boleh Laluinya

Hari Rabu 23/10/2013 saya dijadualkan untuk membentangkan proposal saya yang bertajuk "Kesedaran Metakognitif dan Pemikiran Aras Tinggi dalam Kalangan Pelajar Biologi. Membentangkan sesuatu yang kecil di hadapan ilmuan dan cediakawan menjadikan kita yang besar ini kelihatan kecil pada pandangan mereka.
Saya merasakan diri kelihatan bodoh di hadapan para ilmuan. (Perspektif negatif yang tidak perlu diikut)

Segala pertanyaan saya jawab dengan ilmu yang sedikit menunjukkan usaha itu sebenarnya belum cukup luas dan kadang-kadang saya terkedu dengan pertanyaan tanpa jawapan selebihnya saya hanya mengangguk-nganguk menerima pendapat. Penyelia saya balik-balik memandang saya dengan harapan saya mampu menjawab tapi jawapan saya menghampakan.

Dengan kata lain "I look stupid". Terasa sungguh ianya pengalaman yang memalukan. Kalau la saya mempunyai kuasa memadam ingatan seperti dalam movie "Men In Black" tu ingin sekali saya memadam ingatan pada hari itu. Tapi itulah sebenarnya pengalaman yang mematangkan dan menambah kedewasaan dalam meneroka ilmu allah yang luas ini.

Menyiapkan proposal untuk melengkapkan tugasan tesis memenuhi keperluan ijazah sarjana bukan tugas mudah. Usaha yang berlipat-lipat kali ganda diperlukan walaupun sesetengah orang melakukan dengan cara yang mudah tapi bukan untuk sesetengah yang lainnya.. Saya mungkin sesetengah orang yang sukar itu.

Seminggu sebelum menghantar proposal saya tidak cukup tidur berjaga sepanjang malam, tidur 3-4 jam di siang hari dan mula menghadap lappy sepanjang masa. Kadang-kadang terasa give up ingin menyerahkan kalah. Tapi saya bukan orang yang sebegitu saya mesti lakukannya walaupun tidak sempurna. Proposal ini harus dihantar tepat pada masanya.

Seperti yang saya jangka proposal itu tidak sempurna banyak kesilapan di sana sini.  Kecewa dan kesal bersarang di dalam minda dan hati  saya kenapa saya masih melakukan kesilapan pada sesuatu yang besar seperti ini. Tapi saya redha saya harus terima kesilapan diri. Mungkin ini caranya allah menunjukkan jalan. Belajar dari kesilapan dan melakukan yang lebih baik selepas ini dan berusaha lagi dan lagi.

Mempersiapkan diri untuk membentangkan proposal ini satu cerita yang lain pula. Kesukarannya lebih berganda-ganda. Bukan sahaja perlu memahami jalan cerita kajian malah kena juga menambah ilmu di dada dengan  rujukan itu dan ini mahupun pelbagai analisis yang berselirat. Malam dan siang saya adalah sama. Tidur saya, bila perlu dan kopi peneman setia. Sahabat-sahabat saya tempat saya bersandar apabila saya rasa ingin terjatuh. Saya pasti tangan-tangan mereka akan mengapai saya dengan segera.

Sahabat-sahabat yang sentiasa ada memberi sokongan

Saya tidak tidur sepanjang malam sebelum pembentangan, saya siap awal dan awal ke Fakulti. Sahabat-sahabat saya setia mengiring langkah saya, memberi sokongan padu dan mengambil pangalaman saya sebagai pengajaran buat mereka. Dalam debaran dan perasaan berkecamuk saya terpaksa laluinya. Akhirnya saya tersenyum lega selepas berjaya memalukan diri di hadapan Professor dan Dr-Dr yang bijaksana. Sungguh saya akui ilmu saya sangat kecil. Syukur allah permudahkan segalanya buat saya. Allah dengar doa saya dan makbulkan doa ibu saya.  Alhamdulilah.

Lulus proposal saya dengan pindaan. Saya menarik nafas lega. Akhir saya berjaya meneruskan kajian ini usaha saya berbulan-bulan sebelum ini berbaloi dan saya terasa kasih sayang allah buat diri saya walaupun saya hanya hambanya yang alpa dan leka. Ampuniku ya allah.

Saya orang besar yang kelihatan kerdil dengan ilmu di hadapan
para ilmuan dan cendiakawan


Ketika saya hampir tidak kuat dan lemah, hilang ketabahan dan motivasi diri dalam cabaran melalui semua ini saya selalu mengingatkan diri saya, saya pernah melalui cabaran yang sukar sebelum ini. Saya berjaya laluinya. Kenapa bukan yang ini. Saya melihat diri saya ketika zaman kanak-kanak. Saya mula pandai membaca apabila saya di darjah tiga, saya melihat diri saya yang terpinggir dengan raka-rakan yang lebih pandai dan bijaksana. Tetapi saya juga melihat diri saya yang cuba bertatih dan berusaha walaupun lambat sehingga saya mampu membaca novel dan majalah ketika di darjah 4.  Saya melalui UPSR yang saya tidak tahu kepentingan kejayaannya. Tetapi saya tetap melangkah ke sekolah.

Seusia remaja kepentingan kejayaan saya pandang hambar apatah lagi kejayaan dalam pelajaran begitu sunyi dalam diri saya.  Dipenghujung tahun memasuki gerbang SPM saya tersedar bahawa saya perlu berjaya dan ke universiti. Untuk jadi apa?  saya tidak tahu, apa yang saya tahu saya ingin lalui pengalaman meneroka ilmu di universiti dan memakai topi empat segi dipenghujungnya. Saya usahakan kejayaan dalam SPM walaupun permulaannya yang lambat, saya tabahkan diri untuk bangun malam solat hajat dan belajar, saya kuatkan diri untuk mandi dalam kesejukan pagi supaya saya segar menelaah pelajaran. Saya laluinya dan berjaya laluinya malah keputusan saya lebih baik dari rakan sekelas di darjah 3 yang boleh membaca sejak dari darjah 1.

Berjaya ke matrikulasi UKM bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Saya sedar saya tidak cerdik, otak saya kurang bijaksana. Saya lambat dalam menaakul dan mengingat. Tetapi cerita kekuatan saya mengharungi SPM dengan kejayaan, menyakinkan saya yang  saya boleh lalui yang ini. Matrikulasi memang sukar buat saya dan mungkin bukan untuk saya kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang speaking macam air mengalir atau dari sekolah berasrama terkenal di Malaysia. Saya mungkin manusia yang bernasib baik di izinkan allah berada di sini. Lulus cukup makan di sini satu anugerah terindah buat saya. Pedulilah apa orang nak kata yang penting saya mampu meletakkan diri saya di UKM. Sekurang-kurangnya saya berjaya melaluinya walaupun tidak cemerlang.

Di UKM semester pertama cukup memberi pengajaran. Di tikar sejadah berderai airmata saya mengadu pada allah tentang kebodohan, kealpaan, kelekaan dan kelalaian  diri sendiri terhadap anugerah yang telah diberi. Saya gagal semester pertama dengan pointer terburuk 1.83. Kalau sem seterusnya keputusan saya masih begitu saya pasti di tendang dr Universiti. Menerima surat amaran dari bahagian biasiswa mengingatkan saya, saya perlu bangun. Saya pandang kebelakang, mengingat semula kesusahan yang telah saya laluinya sehingga saya berjaya menjadi siswi di UKM. Saya tidak akan membiarkan segalanya sia-sia. Pengajaran itu saya simpan kemas dimemori hati, saya pegang kejap di dalam minda dan  saya takkan mengulanginya. Alhamdulilah saya laluinya sehingga akhir sem dengan pointer yang semakin baik dari satu sem ke satu sem. Sehinggalah saya tersenyum puas bersama topi empat segi dan sahabat-sahabat di hari konvokensyen. Ya saya telah laluinya..

Hari ini ketika saya menghadapi kesukaran, hilang ketabahan dan motivasi diri bukan sekali saya memandang, menganalisis, meneroka semula memori dan  kesusahan dahulu untuk saya  menjadi kuat semula. Malah selalu saya mengingatkan diri saya "Saya telah melaluinya". Melalui semua kesukaran yang kadang-kadang jauh lebih sukar dari ini. Saya telah melaluinya kenapa bukan kali ini, pasti kali ini lebih boleh dan lebih kuat. Apatah lagi selepas melalui pengalaman kedewasaan yang rencam dan pelbagai dalam dunia pekerjaan dan kehidupan.

Saya pasti begitu juga dengan orang lain, anak-anak didik saya, sahabat-sahabat saya pasti boleh melalui apa sahaja tanpa mengenal erti putus asa. Kerana setiap manusia yang ingin berjaya tidak pernah tidak berusaha. Jika dulu kita boleh laluinya pasti sekarang kita lebih mampu mengejar kejayaan dalam hidup yang kita kehendaki. Dalam menuntut ilmu usaha doa dan tawakal pastinya perlu mengiringi langkah kita. Yakin allah sentiasa bersama kita dalam pekerjaan baik yang kita usahakan.

Benarlah kata para ulama. ILMU ITU HARTA YANG MENJAGA KITA. Kerana ilmu yang banyak akan semakin mendekatkan kita kepada allah. Semakin sukar ilmu itu diperolehi semakin kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada allah untuk memperolehinya dan itulah yang menjaga gerak langkah kita.

Yakinlah kita mampu melalui apa sahaja cabaran yang mendatang. Jangan takut untuk melangkah Allah ada bersama kita. Selalu saya menginggatkan sahabat-sahabat saya bukan mudah seseorang itu ingin meletakkan tesisnya di rak di dalam library universiti. Pastinya dia pernah melalui perjalanan yang sukar. Kita juga begitu.. tidak perlu pandai untuk menuntut ilmu yang penting ketabahan dan usaha sentiasa ada bersama kita. Pasti semuanya kita mampu laluinya.





Wednesday 9 October 2013

Jom Hebat Pascasiswazah

Saya inginkan yang biasa-biasa.


Pakar motivasi, penceramah di TV, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan orang-orang  lain selalu mengingatkan kita untuk melakukakn perkara-perkara luarbiasa, di luar kebiasaan untuk menjadi manusia yang hebat. Tetapi saya selalu inginkan yang biasa-biasa saja. Adakah saya berfikiran sempit, berfikiran negatif  atau tidak mahu maju ke hadapan. Jawapan saya pastinya tidak.

Ketika saya mengajar saya selalu mengingatkan pelajar supaya melakukan perkara yang biasa-biasa saja. Tidak perlu mengejar keluarbiasaan baru rasa diri tu hebat. Bagi saya orang yang hebat adalah orang  yang melakukan perkara-perkara biasa. Selalu saya ingatkan pelajar saya, mendapat A dalam subjek Sains yang saya ajar bukan perkara luar biasa. Mendapat A adalah biasa yang luarbiasa kalau mereka tak dapat A. Sebab puluhan ribu calon SPM sebelum ini telah dapat A subjek tu. Malah mendapat berderet A dalam SPM pun biasa, yang luar biasa kalau mereka mendapat semua G.  Kata-kata itu membuatkan mereka tidak pernah tertekan untuk belajar dan dapat A subjek saya. Ramai pelajar saya  dapat A Sains SPM hampir keseluruhan di dalam kelas malah kadang-kadang seluruh kelas. Itu kerana mereka melakukan perkara yang biasa-biasa hebat.

Ingatan kedua saya selepas mereka SPM mereka mesti ke Universiti dan memiliki Ijazah . Masuk Universiti dan ada Ijazah tu perkara biasa yang luarbiasa kalau mereka tak mampu melakukannya.


Bagi saya melakukan perkara yang biasa-biasa itulah yang menjadikan kita hebat. Masakan kita mampu hebat jika kita tidak melakukan perkara-perkara yang biasa-biasa dahulu. 

Baru-baru ini saya ke seminar Jom hebat pascasiswazah bersama 5 sifu dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT . Pemilik Blog terbaik pengajian tinggi. Mereka ini Dr-Dr yang  hebat. Mungkin boleh dikategorikan luarbiasa hebat. PhD dan Masternya dari Oversea. Ilmunya tinggi dan saya bertuah kerana boleh berjumpa, mendengar dan melihat kehebatan mereka dengan sedikit bayaran.


Dewan kuliah yang penuh dengan pascasiswazah
Bersama Dr.OT yang luarbiasa hebat



Di dalam dewan kuliah itu penuh dengan pascasiswazah yang sedang membuat master dan PhD sekitar 500 orang dari Universiti seluruh Malaysia. Ramai.. penuh dewan. Saya rasa kerdil dari segi ilmu bila penceramah-penceramah di hadapan menyampaikan ilmunya. Malah bertambah kerdil bila saya tidak memahami apa yang cuba di sampaikan sehinggakan saya terlena. He..he.. manusia biasa memang macam tu. 


Di dalam dewan itu, ramai yang sedang membuat master  seusia saya, muda malah ade yang lebih muda sebab baru habis first degree belum pun konvo da sambung buat master. Manakala yang buat PhD pulak takde yang saya nampak begitu tua. Saya rasa audien di dalam dewan ini semuanya muda-muda berlaka sekitar 20an -30an. Hebat-hebat la orang sekarang.

Saya cuma terfikir saya sedang membuat master dan perkara itu  biasa-biasa saja kerana begitu ramai yang melakukannya. Di Malaysia beribu malah puluhan ribu pascasiswazah dalam dan luar negara yang sedang berlumba-lumba menuntut ilmu. Perkara itu biasa yang luarbiasa kalau saya tak pergi melakukannya. 

Selepas ini saya sangat bercita-cita ingin membuat PhD. Ramai orang kata PhD tu susah. Kita terpaksa berperang dengan diri sendiri antara kesungguhan dan kekecewaan, emosi dan spiritual kena kuat. 

PhD begitu sukar? Tapi saya tengok ramai  jer yang buat PhD, ramai jer yang bergelar Dr. Beribu di Malaysia ni. Maka membuat PhD mungkin perkara yang biasa-biasa. Tahap kesukaran bergantung kepada ketahanan sendiri. Kalau ianya sangat sukar pasti sorang dua je lepas macam nak jadi angkasawan. Itu barulah luarbiasa sukar. 

Jadinya dapat saya simpulkan master dan PhD ini sukar tapi signifikan dengan kehidupan kita. Maksudnya kita biasa-biasa saja tetapi hebat kalau berjaya membuat master dan Phd, kerana begitu ramai manusia di muka bumi allah mempunyai ilmu dalam bidang sarjana. Perkara itu biasa saja, kalau ianya perkara biasa maka adalah luarbiasa kalau kita tak berjaya lakukannya. 

Ayuh jom mengorak langkah untuk jadi yang hebat. Biarpun biasa-biasa saja. Kerana mengisi kejayaan itu jauh lebih sukar dan menjadikan kita luarbiasa hebat. 


Sahabat pascasiswazah saya. Ruzaini dan K.Shirah


Sahabat saya Suhaila. Kami bersama dari  Keningau dulu sehingga ke pascasiswazah 



Friday 4 October 2013

ICHA Kesayangan Kami


Ini bukan cerita saya sorang, ini cerita saya dan kawan-kawan 
PART 2


Intan Qalesya
Inilah Icha kesayangan kami, sangat comel. Sahabat kami Jijul selalu menyatakan icha kanak-kanak paling comel dimuka bumi dan di marikh.

Icha pengubat kesedihan kami, kami terasa kuat bersamanya. Anak ini istimewa kerana disayangi ramai orang. Kepenatan kami bekerja hilang bila bermain dengannya. Kami usung dia ke sana sini. Dan Icha pasti tersenyum gembira. Kegembiraan Icha adalah kegembiraan kami, sangat seronok apabila ada Icha bersama kami. Kelatah manja, peramah, periang, penyayang menyebabkan kami rindu kalau berjauhan dengannya.


      
Comel Sangat



         
Icha Baby
Anak ini ditunggu kelahirannya, kami berkampung di hospital untuk menyambut kelahirannya. Sahabat kami Intan sukar untuk melahirkannya sehingga Dr terpaksa menggunakan pelbagai cara sehingga akhirnya ianya dibedah. Kami beryukur sahabat kami dan anaknya selamat. Icha kecil sewaktu dilahirkan dan terdapat kesan-kesan sampingan kerana kelewatan kelahirannya menyebabkan dia dan ibunya berkurung di ICU. Alhamdulilah Icha selamat dan membesar untuk kami menumpang kasih sayang dan menghiburka kami.



Bapak & Mama Icha

Sahabat kami Rosdi bapa Icha tenang-tenang saja orangnya tetapi sangat menyayangi anaknya. Manakala Intan agak kelam kabut tetapi lemah lembut mungkin itulah melengkapi kehidupan rumahtangga mereka dan Icha sebagai penyeri kami semua. Mereka berdua sahabat kami yang baik hati dan tidak kisah kami berkongsi kasih sayang anaknya. Mama Tua dan Bapa Tua Icha sudah kami anggap sebagai ibubapa angkat kami. Mereka keluarga yang sangat baik. Selalu kami kata Icha ada ramai mama dan Intan tidak pernah bimbing jika ingin meninggalkan Icha kerana ramai mama-mama angkat yang sanggup menjaganya.


Kesan kelewatan kelahirannya menyebabkan Icha agak terlewat juga menghadapi hari-hari kanak-kanaknya. Icha lambat merangkak, lambat boleh berdiri apatah lagi berlari. Setiap bulan jika berkesempatan kami akan menemani Icha untuk terapi berdiri dan berjalan dihospital. 
                           




Tetapi yang mengagumkan tentang Icha, Icha tidak pernah putus asa dengan dirinya. Icha tetap nak bermain dengan kanak-kanak seusianya yang sudah boleh berlari tanpa menghiraukan keadaan dirinya. Kami mungkin terlalu bersimpati dengannya sedang dia sendiri sedar kebolehannya atau kami yang sebenarnya kurang sabar. Kami terlalu meragui keupayaannya, tapi kami juga la pendorong untuk dia mampu melangkah.


Icha yang Comel

Biarpun Icha terlewat merangkak, terlewat berdiri dan berjalan, kami tetap mengusung Icha kemana-mana kami pergi. Di setiap kesempatan kami paksa Icha berjalan dan Icha pasti tersenyum, ketawa kegembiraan walaupun dalam tatihnya dia lebih banyak jatuh dari berjalan. Tapi itulah kegembiraan kami juga. 

Anak kecil ini sebenarnya kuat dalam diamnya sehingga pada usianya melepasi 3 tahun Icha akhirnya sudah boleh berjalan dan sekarang sudah boleh berlari seperti kanak-kanak lain. Syukur yang amat sangat... itulah doa kami selama ini. 

Sekarang langkah Icha sudah luas tidak terbatas lagi, lagak Icha pun sudah bertambah, paling pandai berposing dan bergaya-gaya. Semakin cerdik dan sering berbicara walaupun tutur katanya belum boleh difahami tetapi itulah Icha, anak ini tidak pernah putus asa. Icha akan berbicara sesukanya dan menunjukkan pelbgai simbol tangan yang cute. 

Icha paling gembira kalau di bawa makan ke KFC mahupun ke Pizza Hut. Menu kegemarannya spageti bolognese, bukan alang-alang taste anak ini. Ketawa dan senyumnya adalah kegembiraan kami dan Icha tidak pernah lokek untuk memberi pelukan dan ciuman kepada kami untuk menunjukkan kasih sayangnya.
Keletah anak ini menghiburkan dan bila Icha sakit semua orang akan risau dan cepat sahaja dibawa berjumpa dr. Kami tidak sanggup melihat anak ini diam dan hilang senyum dan tawanya yang sangat comel.

Itulah Icha kesayangan kami.


    
Dari Kecil

Sampai besar
                                         

Selalu di bawa berjalan
                                          

Semoga satu hari nanti Icha jadi anak yang bijaksana, anak yang solehah untuk ibu bapanya dan menjadi anak yang disayangi dan menyangi orang lain. 

Berjauhan dengan Icha menyebabkan saya merinduinya. Semoga Icha sentiasa dilindungi allah dan diberi keberkatan dalam hidupnya amin.
 "Icha... Cik Farah dan Cik Leen sangat merindui Icha."

Kami yang menyayangi Icha




Icha sekarang sudah boleh berjalan dan berlari
.


Tuesday 1 October 2013

Ini bukan cerita saya sorang..Ini cerita saya dan kawan-kawan..

Part 1


Sahabat-sahabat saya adalah penyeri hidup saya dikala sedih dan gembira.. Sepanjang hidup.. saya tidak pernah sunyi dengan kehadiran sahabat disekeliling saya. Dari zaman sekolah, zaman universiti, ketika di maktab dan sepanjang saya mengajar dan akhirnya sekarang ke universiti semula sahabat banyak mewarnai kehidupan. 

Pada ketika belajar saya bersahabat baik dengan seorang kawan bernama Luvrina. Saya lebih muda dua tahun dari dia.. tapi bukan penghalang untuk kami bersahabat.
 Zaman kecil dan remaja kami tidak seindah mana. Tapi kami selalu bersama kemana-mana sehinggalah keadaan dan ketika memisahkan kami membawa haluan menuntut ilmu.. Dikesempatan bercuti kami bertemu kembali di kampung. Bercerita, makan dan jalan bersama-sama seperti dulunya kami. Cerita kami berbeza tapi kami memahami kesedihan masing-masing sehinggalah sekarang. Suatu ketika kami sama-sama mengajar tapi saya mengajar di Sabah dan Luvrina di Sarawak. Ironinya kami tetap bertemu di kampung apabila berkesempatan di cuti yang panjang. Dan sekarang kami lebih kerap bertemu kerana saya sudah kembali ke semenanjung dan Luvrina mengajar di maktab. 

Luvrina. Nama yang unik sehebat orangnya


Dulu kami remaja yang kurang bijaksana.. Luvrina sendiri mengambil SPM dua kali. Manakala saya sedaya upaya melepaskan diri untuk berjaya dalam SPM. Kami remaja periang yang sanggup menghadapi apa sahaja walaupun terpaksa bertatih, berdiri dan berlari sendiri tanpa sokongan sesiapa. Kehidupan remaja kami yang sukar itu menjadikan kami kuat dan bermotivasi untuk berjaya dalam hidup.. Kami bersyukur kerana berjaya melaluinya satu persatu.. Luvrina sendiri sekarang pemegang ijazah sarjana dan menjadi pensyarah.. ok what? dari dulunya.. kami remaja dungu di sekolah. Alhamdulilah!


Aziati. Lembut orangnya selembut namanya.


Pengaturan allah sentiasa terbaik buat saya. Saya bertemu Aziati ketika KPLI di maktab sejak itu kami bersahabat baik sehingga sekarang. Dipendekkan cerita Aziati dan Luvrina ditakdirkan berpindah ke sekolah yang sama pada satu ketika maka kami berkumpul sebagai 3 sahabat yang dipertemukan allah secara kebetulan. Aziati sahabat saya, Luvrina juga sahabat saya dan sekarang Luvrina dan Aziati juga bersahabat. Subanallah.. dunia nie kecik sahaja. Maha besar bagi Allah kerana pertemuan yang hebat ini.

Sahabat Saya Aziati dan Luvrina


Berjalan-jalan bersama dikesempatan


Saya dan Ketam



Saya peminat makanan laut terutamnya ketam. Setiap kali ke restoran makanan laut, ketam pasti menjadi menu wajib. Berkhidmat 10 tahun di Negeri di Bawah Bayu menjadikan saya peminat ketam tegar.
Apabila pulang ke Semenanjung saya merasakan setiap hidangan ketam yang saya makan tidak terasa sedap di tekak. Ade saje kekurangannya di mana-mana.
Tidak fresh la...
Masak tak sedap la.. n 100 mcm alasan..
Tempat makan hidangan ketam paling sedap yang pernah melalui anak tekak saya nie adalah di Anjung Ketam di Labuan. Namapun Anjung Ketam da tentulah menghidang ketam terbaik, fresh dari laut dan restorannya pun tepi laut.. Sambil makan ketam sambil menghirup angin laut dan pemandangan laut terbenatang luas...

 Tempat ini memang TERBAIK! untuk merasai pelbagai masakan ketam yang fresh kerana  ketamnya semua masih hidup. Masak la apapun tetap sedap. Dan masakan kegemaran saya da tentulah ketam BUTTER MILK. Fuhh.. sadapnya.. menjilat jari..

Dulu ketika masih berkhidmat di Sabah saya dan sahabat2 sanggup drive jauh dari Keningau ke Menumbuk yang mengambil masa 2 3 jam, dan naik feri 2jam ke Labuan semata-mata untuk menikmati hidangan ketam yang lazat ini.. Sahabat-sahabat saya terutamanya Jijul dan Azleen yang mempunyai kegemaran yang sama pasti sanggup menemani saya ke Labuan semata-mata memenuhi permintaan ini.

Sehingga sekarang saya masih merindui hidangan ketam butter milk dan selalu bercita-cita ke Labuan semata-mata untuk menjamu selera di Anjung Ketam, Labuan. Semoga saya diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana Inshaallah..

Ketam Masak Kari dan Ketam Masak Telur Masin. Menu yang boleh tahan sedap.


Inilah ketam masak BUTTER MILK kegemaran saya.. Nyaman terasa kalau menghadapnya..

Bacalah...



IQRA Bacalah.. Ayat pertama yang allah turunkan... Jadi kenapa kita tak  mahu membaca.
Sedarlah membaca tu ilmu.. biarpun  tak suka membaca tapi bacalah.. kerana ilmu tidak akan diperolehi kalau tidak membaca. 
Sahabat-sahabat saya di Universiti selalunya selepas saya memberi penerangan mesti diikuti dengan soalan 

"macam mana ko tahu?". 
Kenapa selalu nak tanya begitu.. da tentulah jawapannya. Bacalah..
Besar sebenarnya konsep membaca.. Semua org membaca tapi beza ilmunya apa yang telah dibaca.
Kenapa kena belajar kat Universiti sedang ilmu ada di mana-mana. Tak semestinya membaca mesti di Universiti baru berilmu. 
Jadi jawapannya Universiti adalah tempatnya yang akan mengiktiraf apa yang kita baca.
Jadi Bacalah dan masuk la Universiti.


Selepas setahun melalui kehidupan di Universiti semula, saya mula memahami kepentingan membaca. Saya percaya tesis sajana yang sedang saya usahakan sebenarnya adalah kayu pengukur berapa banyak saya membaca.. 

Semakin banyak saya membaca semakin bererti tesis saya.. Pengiktirafan yang saya dapat dari membaca berhelaia -helaian muka surat, beratus-ratus jurnal, buku dan disertasis menyebabkan saya dianugerahkan Ijazah Sarjana yang saya idamkan.. Asasnya bermula  dengan membaca..

Kalau kita sangat malas untuk membaca mungkin boleh mulakan dengan membaca alquran dan maknaya sekali.. Sehari sehelai muka surat dan pastinya kita akan terus menyemak helaian yang kedua dan seterusnya..Semoga ini mendorong kita untuk terus membaca..




Saya peminat Penulis Norhayati Berahim kerana tulisannya bukan setakat novel tetapi ada ilmu cuba disampaikan di dalamnya.