Wednesday 9 October 2013

Jom Hebat Pascasiswazah

Saya inginkan yang biasa-biasa.


Pakar motivasi, penceramah di TV, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan orang-orang  lain selalu mengingatkan kita untuk melakukakn perkara-perkara luarbiasa, di luar kebiasaan untuk menjadi manusia yang hebat. Tetapi saya selalu inginkan yang biasa-biasa saja. Adakah saya berfikiran sempit, berfikiran negatif  atau tidak mahu maju ke hadapan. Jawapan saya pastinya tidak.

Ketika saya mengajar saya selalu mengingatkan pelajar supaya melakukan perkara yang biasa-biasa saja. Tidak perlu mengejar keluarbiasaan baru rasa diri tu hebat. Bagi saya orang yang hebat adalah orang  yang melakukan perkara-perkara biasa. Selalu saya ingatkan pelajar saya, mendapat A dalam subjek Sains yang saya ajar bukan perkara luar biasa. Mendapat A adalah biasa yang luarbiasa kalau mereka tak dapat A. Sebab puluhan ribu calon SPM sebelum ini telah dapat A subjek tu. Malah mendapat berderet A dalam SPM pun biasa, yang luar biasa kalau mereka mendapat semua G.  Kata-kata itu membuatkan mereka tidak pernah tertekan untuk belajar dan dapat A subjek saya. Ramai pelajar saya  dapat A Sains SPM hampir keseluruhan di dalam kelas malah kadang-kadang seluruh kelas. Itu kerana mereka melakukan perkara yang biasa-biasa hebat.

Ingatan kedua saya selepas mereka SPM mereka mesti ke Universiti dan memiliki Ijazah . Masuk Universiti dan ada Ijazah tu perkara biasa yang luarbiasa kalau mereka tak mampu melakukannya.


Bagi saya melakukan perkara yang biasa-biasa itulah yang menjadikan kita hebat. Masakan kita mampu hebat jika kita tidak melakukan perkara-perkara yang biasa-biasa dahulu. 

Baru-baru ini saya ke seminar Jom hebat pascasiswazah bersama 5 sifu dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT . Pemilik Blog terbaik pengajian tinggi. Mereka ini Dr-Dr yang  hebat. Mungkin boleh dikategorikan luarbiasa hebat. PhD dan Masternya dari Oversea. Ilmunya tinggi dan saya bertuah kerana boleh berjumpa, mendengar dan melihat kehebatan mereka dengan sedikit bayaran.


Dewan kuliah yang penuh dengan pascasiswazah
Bersama Dr.OT yang luarbiasa hebat



Di dalam dewan kuliah itu penuh dengan pascasiswazah yang sedang membuat master dan PhD sekitar 500 orang dari Universiti seluruh Malaysia. Ramai.. penuh dewan. Saya rasa kerdil dari segi ilmu bila penceramah-penceramah di hadapan menyampaikan ilmunya. Malah bertambah kerdil bila saya tidak memahami apa yang cuba di sampaikan sehinggakan saya terlena. He..he.. manusia biasa memang macam tu. 


Di dalam dewan itu, ramai yang sedang membuat master  seusia saya, muda malah ade yang lebih muda sebab baru habis first degree belum pun konvo da sambung buat master. Manakala yang buat PhD pulak takde yang saya nampak begitu tua. Saya rasa audien di dalam dewan ini semuanya muda-muda berlaka sekitar 20an -30an. Hebat-hebat la orang sekarang.

Saya cuma terfikir saya sedang membuat master dan perkara itu  biasa-biasa saja kerana begitu ramai yang melakukannya. Di Malaysia beribu malah puluhan ribu pascasiswazah dalam dan luar negara yang sedang berlumba-lumba menuntut ilmu. Perkara itu biasa yang luarbiasa kalau saya tak pergi melakukannya. 

Selepas ini saya sangat bercita-cita ingin membuat PhD. Ramai orang kata PhD tu susah. Kita terpaksa berperang dengan diri sendiri antara kesungguhan dan kekecewaan, emosi dan spiritual kena kuat. 

PhD begitu sukar? Tapi saya tengok ramai  jer yang buat PhD, ramai jer yang bergelar Dr. Beribu di Malaysia ni. Maka membuat PhD mungkin perkara yang biasa-biasa. Tahap kesukaran bergantung kepada ketahanan sendiri. Kalau ianya sangat sukar pasti sorang dua je lepas macam nak jadi angkasawan. Itu barulah luarbiasa sukar. 

Jadinya dapat saya simpulkan master dan PhD ini sukar tapi signifikan dengan kehidupan kita. Maksudnya kita biasa-biasa saja tetapi hebat kalau berjaya membuat master dan Phd, kerana begitu ramai manusia di muka bumi allah mempunyai ilmu dalam bidang sarjana. Perkara itu biasa saja, kalau ianya perkara biasa maka adalah luarbiasa kalau kita tak berjaya lakukannya. 

Ayuh jom mengorak langkah untuk jadi yang hebat. Biarpun biasa-biasa saja. Kerana mengisi kejayaan itu jauh lebih sukar dan menjadikan kita luarbiasa hebat. 


Sahabat pascasiswazah saya. Ruzaini dan K.Shirah


Sahabat saya Suhaila. Kami bersama dari  Keningau dulu sehingga ke pascasiswazah 



No comments:

Post a Comment